Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSerdang – Tokoh Pemikiran Islam yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, hari ini.
Berita tentang kematian beliau disampaikan menerusi hantaran WhatsApp oleh Pegawai Khas Pengerusi IKIM, Encik Amir Firhan Rosli.
“Allahyarham dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada 8 Mei 2023 dan dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.27 pagi tadi.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa beliau, dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang soleh dan beriman,” ujarnya.
Allahyarham YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty merupakan tokoh yang dihormati dalam kalangan ilmuwan Islam dan pernah menyumbang besar dalam pengukuhan wacana pemikiran Islam di negara ini.
Kehilangan Allahyarham pada umur 75 tahun merupakan suatu kehilangan besar buat umat Islam dan negara, khususnya dalam bidang dakwah, keilmuan dan pemikiran Islam.