Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Keputusan Ujan Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 boleh disemak pada 20 Mac 2025 melalui laman web https://semakan.islam.gov.my/.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada pukul 2.00 petang.
“Semakan melalui laman web tersebut adalah dengan menggunakan nombor MyKid dan nombor angka giliran calon,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2025, pukul 9.30 pagi.
Terdahulu, beliau memaklumkan Majlis Pengumuman Keputusan UPKK Tahun 2024 akan diadakan pada 20 Mac 2025 pukul 12.00 tengah hari.
Katanya, majlis tersebut akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar.