Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sejumlah RM1.1 juta yang akan diagihkan kepada 5500 orang asnaf di seluruh Wilayah Persekutuan, di bawah program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan.
Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Peringkat Putrajaya yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, di sini, semalam, merupakan hasil wang kutipan zakat dan sumbangan yang dikumpulkan oleh MAIWP untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.
Dalam program tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa telah menyampaikan sumbangan zakat kepada 700 orang asnaf Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Beliau berkata, “Kerajaan MADANI komited untuk memastikan tiada yang tercicir daripada arus pembangunan.”
Melalui Program Usaha Jaya Insan (PUJI), inisiatif Ihsan@PUJI akan terus memastikan supaya setiap sen wang zakat sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
“Semoga sumbangan yang diberikan ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban para penerima ketika menyambut bulan Ramadan pada tahun ini,”ujarnya.
Oleh itu, YB Datuk Seri Dr. Zaliha berharap sumbangan tersebut mampu membantu golongan yang masih bergelut dengan kemiskinan khususnya miskin bandar untuk keluar daripada belanggu kesusahan.
Beliau turut menyerahkan bantuan wang tunai bernilai RM200 setiap seorang kepada sebanyak 300 orang penerima sumbangan yang terpilih di Putrajaya.