Diterbitkan pada 6 Mei 2024, 12:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Gopeng – Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid menganjurkan Program Tautan Permata Kasih yang bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng, Perak pada 4 Mei yang lalu.

Tidak hanya saling berkongsi keceriaan, sebanyak 41 orang anak yatim juga mendapat pelbagai pendedahan tentang pengetahuan sains dan teknologi di samping dapat meningkatkan motivasi mereka untuk memacu kecemerlangan pendidikan serta menanam cita-cita tinggi untuk mencapai apa yang mereka inginkan.

Pengarah program, Anwarul Syahmi Ismail menyatakan bahawa tautan kasih ini mampu memberikan impak dalam diri mahasiswa sendiri di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak anak seperti amanah, tolong-menolong dan kasih sayang.

“Jika ditanya mengapa saya ingin melaksanakan program ini, jawapan saya mudah. Saya mahu berkongsi kasih sayang dan bersama-sama membawa kegembiraan khususnya kepada anak anak yatim di sini.

“Justeru, kami mengharapkan program ini dapat memberikan sedikit sebanyak kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua warga di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Dahikmah ini,” katanya.

Penasihat Program, Puan Norrulkamari Daud juga menyampaikan bahawa nilai kemasyarakatan perlu didpupuk dalam diri mahasiswa untuk membina jati diri cemerlang.

“Saya melihat program sebegini sebagai satu langkah menjalinkan kolaborasi yang lebih erat melalui aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan dengan pelbagai pihak di samping membina generasi cemerlang, membentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir bersama, Encik Muhammad Hafizal Hussain selaku wakil pengurusan Pertubuhan Anak Yatim/Miskin Dahikmah Gopeng, Perak.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi