Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: MAIPs.

Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyerahkan sumbangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bernilai RM3,474,92 bagi pelaksanaan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) untuk tahun 2024 pada hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPs, Muhammad Haafizuddin Abirerah menerima sumbangan daripada Raja Muda Perlis.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika baginda berangkat merasmikan Bazar Raya Karnival Kangar Jaya Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

Menurut kenyataan MAIPs, bersempena dengan program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd. Nazim Mohd. Noor memaklumkan bahawa sumbangan berkenaan merupakan komitmen MAIPs dalam menguatkan pengajaran pendidikan Islam pada peringkat asas dalam usaha memberikan kefahaman tentang agama Islam yang komprehensif dalam kalangan kanak-kanak di Perlis.

Turut diadakan ialah sumbangan agihan zakat MAIPs kepada sebanyak 20 orang asnaf terpilih yang disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.