Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis.

Kangar – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis yang diadakan di Dewan Warisan, Kangar.

Majlis iftar ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis yang dihadiri oleh pelbagai jabatan dan agensi, badan berkanun serta pemimpin masyarakat.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Speaker Dewan Undangan Negeri, Rus’sele Eizan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian majlis iftar tersebut sambil disaksikan oleh dif-dif kehormat yang hadir.

Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di samping mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama-sama para tetamu yang hadir.

Sebelum itu, Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada sebanyak 64 orang anak yatim terpilih yang diundang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.