Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan pada Program Ramadan Kita Perlis Bersama Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat.

Mata Ayer – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan E-Idaman Sdn. Bhd. kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berjumlah RM10,400 kepada akaun Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat, Jalan Mata Ayer.

Sumbangan tersebut akan didebitkan kepada 52 orang penerima daripada Teratak Rahmat dengan jumlah RM200 berupa e-baucar Go Barakah.

Penyampaian sumbangan tersebut dilakukan ketika perasmian Program Ramadan Kita Perlis Bersama Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat.

Program tersebut merupakan anjuran E-Idaman Sdn. Bhd. dengan kerjasama MAIPs, HPA Industries Sdn. Bhd. dan Persatuan Wartawan Perlis (PWP) yang bertujuan untuk meraikan dan menyantuni anak yatim serta golongan yang kurang bernasib baik.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn. Bhd., Zaki Abdul Azid Daud dan Pengarah Urusan II HPA Industries Sdn Bhd, Fisal Ahmad Tajuddin.

Turut hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor serta Pengasas Bersama dan Pengarah Pembangunan LC Wakaful Digital Sdn. Bhd., Rizal Kamaruzzaman.

Pada kesempatan yang sama, baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan daripada E-Idaman dan HPA Industries kepada 52 orang penerima berupa barang makanan dan kuih raya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.