Diterbitkan pada 20 Mac 2024, 17:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan sumbangan sebanyak RM 40,000 kepada Rumah Lavender Negeri Perlis yang menempatkan para penghuni kelainan upaya penglihatan, pekak dan bisu.

Sumbangan tersebut diperuntukkan oleh MAIPs untuk perbelanjaan aktiviti dan program pengurusan rumah berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengerusi Pertubuhan Rumah Kebajikan Lavender Perlis, Hajah Marja Tuan Mat di perkarangan Masjid al-Mustaqim kariah Seriab, Kangar Jaya.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Selain itu, MAIPs turut memperuntukkan sumbangan tambahan untuk pelaksanaan kelas pengajaran al-Quran brail kepada penghuni rumah tersebut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi