Oleh Syaza Wardina
18 Mac 2024, 17:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) memaklumkan, pemakaian kadar zakat fitrah sebanyak RM7 di Wilayah Persekutuan masih berkuat kuasa pada tahun ini.

Sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, kadar ini telah diwartakan berdasarkan harga beras Super Special Tempatan (5% kandungan beras hancur) dan beras import biasa.

Menurut Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, kadar ini masih berkuat kuasa sehingga ada kajian dan ketetapan baharu yang dilaksanakan oleh pihak berautoriti.

“Penetapan kadar zakat fitrah dikira berdasarkan makanan ruji sesebuah negara.

“Dalam konteks Malaysia, makanan rujinya ialah beras,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi JMWP.

Beliau juga menjelaskan, bagi umat Islam yang lebih berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan, boleh memilih kadar RM15 bagi beras import premium dan RM22 bagi beras basmati.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.