Oleh Syaza Wardina
10 Mac 2024, 21:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac 2024.

Hal yang demikian disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Dengan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia adalah pada hari Selasa, 12 Mac 2024,” kata beliau.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Tan Sri Syed Danial menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja telah bersetuju menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan rukyah dan hisab.

Jawatankuasa yang berkenaan diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang hari ini di 29 lokasi di seluruh negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.