10 Mac 2024, 16:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sepang – Telekom Malaysia (TM) Berhad menyampaikan zakat perniagaannya bagi tahun 2022 berjumlah RM542,590 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengurus Besar State Regulatory & Engagement, TM Perlis dan Kedah, Yusof Omar mempersembahkan sumbangan tersebut kepada Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Sebanyak 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra berjumlah RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh pada kali ini ialah RM14,000.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada majlis yang sama, Pengarah SW Corp Negeri Perlis, Shamsuharizal Basir menyampaikan sesi taklimat Hijrah Minda dengan tajuk amalan kebersihan dan pembudayaan kitar semula.

Turut diadakan ialah promosi pengambilan pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.