Oleh Syaza Wardina
27 Januari 2024, 12:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2024 bakal menghimpunkan ilmuwan Islam dari pelbagai negara.

Ilmuwan Islam yang terlibat ialah Sheikh Assim al-Hakeem, Dr. Muhammad Salah, Sheikh Wasim Kempson, Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, Sheikh Hussain Yee dan Dr. Zakir Naik.

PISC 2024 yang akan berlangsung pada 27 Januari dan 28 Januari 2024 dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Dewan 2020, Kangar merupakan seminar antarabangsa yang julung-julung kali diadakan oleh MAIPs.

Program berkenaan merupakan satu daripada inisiatif MAIPs dalam perkembangan ilmu yang dilaksanakan melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Pusat Dakwah MAIPs, Perlis Centre of Wisdom dengan kerjasama beberapa lagi rakan strategiknya.

Bertemakan “Light of Tawheed”, program ini menyasarkan penyertaan masyarakat tempatan dan luar negeri yang akan bertandang ke Perlis mengambil sempena Tahun Melawat Perlis 2024 – 2025 yang sedang berlangsung sekarang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meraikan enam orang ilmuwan Islam bertaraf antarabangsa yang hadir ke Perlis bagi menjayakan PISC 2024.

Dalam satu majlis santapan tengah hari di Galeri DiRaja Arau, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meraikan enam orang penceramah terkenal antarabangsa tersebut yang hadir ke Perlis bagi menjayakan PISC 2024.

Berangkat sama ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.