11 November 2023, 12:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kunming – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyerahkan sumbangan Bantuan Program Dakwah dan Kemasyarakatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM1000 kepada Masjid Kunming Nancheng yang terletak di Zhengyi Road, Jingxing Community, Daerah Wuhua, Kunming, China agar dapat dimanfaatkan untuk menjalankan sebarang program bagi mengimarahkan lagi rumah Allah itu.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh imam masjid berkenaan, Haji Ma Yong.

Masjid Kunming Nancheng adalah antara masjid yang paling terkenal di Wilayah Yunnan dan telah dibina sejak Dinasti Yuan pada tahun 1274 hingga tahun 1279 oleh Gabenor Wilayah Yunnan pada ketika itu, Sayyid Shams al-Din Umar.

Setiap khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid berkenaan adalah dalam dalam bahasa Arab dan Mandarin.

Masjid berkenaan bukan sahaja merupakan tempat untuk beribadah, malah menjadi pusat untuk menyampaikan akidah dan budaya islam termasuklah pelbagai jenis kelas dijalankan dan ditawarkan seperti mengaji al-Quran untuk orang tua, kelas ilmu hadis, bahasa Arab dan asas Islam.

Tidak ketinggalan, kelas pengajian bahasa untuk para pelajar kolej dan kelas untuk kanak-kanak turut diadakan di masjid berkenaan pada setiap musim panas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.