27 Oktober 2023, 01:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Multimedia, Munsyid Malaysia dan Zayan mengadakan program Simfoni Rohani. Program itu dianjurkan bersempena dengan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023.

Program itu diadakan di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia. Program itu menampilkan persembahan istimewa daripada Kumpulan Mestica. Sebanyak 10 buah kumpulan yang berentap dalam program tersebut. Juara program itu akan membawa pulang hadiah sebanyak RM3000, RM2000 untuk naib juara, dan RM1500 untuk pemenang tempat ketiga. Sementara itu, pemenang hadiah sagu hati akan menerima hadiah sebanyak RM1000 manakala pemenang untuk lirik terbaik, lagu terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan menerima hadiah sebanyak RM500.

Tempat ketiga program itu dimenangi oleh Kumpulan Firasat Inzar manakala Kumpulan Simfoni Arkana. Juara Simfoni Rohani peringkat kebangsaan tahun 2023 dimenangi oleh Lasykar Khaleefa. Program itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa dan masyarakat luar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.