22 Oktober 2023, 10:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Phnom Penh – 21 Oktober 2023, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tujuan Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan kepada Masjid KM 9 di Phnom Penh, Cambodia. Serahan zakat tersebut telah diterima oleh tuan Imam masjid berkenaan iaitu Muhammad Irshad Muhammad Noor.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin meluangkan masa dengan ahli qariah masjid.

Marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan mengembalikan keagungan masjid, ke dalam hati kita. Bersegeralah untuk menuju kepadanya, dan memperbanyakkan duduk di dalamnya. Marilah kita dengarkan motivasi yang pernah Rasulullah Sallallahu’alayhiwasallam katakan yang mendorong kita untuk bersegera mendatangi masjid dan iktikaf di dalamnya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala ketika senang juga sebaliknya.

Demikian titah baginda DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika bersama-sama penduduk tempatan yang turut berada di masjid berkenaan bagi menunaikan Solat Jumaat.

YTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama-sama penduduk tempatan yang turut berada di masjid berkenaan bagi menunaikan Solat Jumaat.

Sebelum majlis penyerahan zakat di masjid tersebut, Baginda dan delegasi sebelum itu terlibat dengan perjumpaan bersama Mufti Cambodia, Oknha Haji Kamaruddin Yusof di ibu pejabat Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Cambodia.

Pada kesempatan yang sama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diperkenalkan kepada kepimpinan tertinggi Cambodia University of Management and Technology, iaitu Presidennya, Dr. Hosen Mohamad Farid, dan Rektor Dr. Nazy Slesx.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.