10 September 2023, 12:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Masjid di negeri Perlis perlu berperanan sebagai pusat kegiatan utama kaum Muslimin selain cemerlang menjalankan fungsinya sebagai rumah ibadat bagi umat Islam.

Ahli jawatankuasa bagi setiap masjid hendaklah sentiasa mengenal pasti kelemahan yang ada dan memperkasakannya khususnya dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pengimarahan dan sistem pengurusan masjid yang efisien serta sistematik.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan ke-11 bagi tahun 2023 yang diadakan di Masjid As Sobirin, Kampung Gial, Arau.

Tambah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs lagi, “Masjid-masjid di negeri Perlis perlu menjadi lambang syiar agama Islam dan mengangkat sunah Rasulullah SAW sebagai pegangan utama negeri ini. Bagi memastikan keseragaman dan penyelarasan yang teratur, khususnya berhubung dengan pengimarahan masjid dan surau, semua pihak hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi agama negeri.”

DYTM Tuanku Raja Muda menyerahkan sumbangan agihan zakat kepada asnaf terpilih dalam majlis yang diadakan di Masjid As Sobirin, Kampung Gial, Arau.

Pada program yang sama, DYTM Tuanku Raja Muda berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.