Oleh Abd Razak Osman
16 Julai 2023, 16:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – “Guru Pendidikan Islam seharusnya tidak jemu untuk menjadi orang yang baik kerana apabila tidak ada sifat malu, seseorang itu sanggup mencaci atau menghina orang di mana-mana sahaja,” ucap Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek semasa merasmikan Simposium Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Kedah 2023 di Dewan Mutiara Kolej Vokasional 2, Bandar Amanjaya Sungai Petani, Kedah.

Ketibaan Menteri Pendidkan, YB Fadhlina Sidek disambut mesra oleh penganjur.

Sebanyak 400 orang peserta yang terdiri daripada pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua, guru besar serta guru Pendidikan Islam Negeri Kedah yang mengikuti simposium anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurutnya lagi, apabila guru-guru mempunyai amanah dan ilmu, mereka bertanggungjawab untuk mengajar dan tidak membuat sesuatu perkara sehingga keadaan menjadi cempera.

Menurutnya lagi,

Tunjukkan bakat masing-masing sebagai pendidik dalam usaha melahirkan manusia yang cemerlang, dan pelajar yang baik budi pekerti apabila mereka melangkah keluar dari kawasan sekolah.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menyantuni pelajar di Majlis Simposium Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Kedah 2023.

Pengurus simposium, iaitu Encik Mohd Zamri Mohamed Noor mengatakan bahawa program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru Pendidikan Islam ke arah menyampaikan maklumat terkini berhubung Pendidikan Islam.

Di samping itu, peserta juga berpeluang mengikuti ceramah dalam pelbagai topik isu semasa dan lain-lain yang bertemakan “Penghayatan Karamah Insaniah Teras Pendidikan Madani”.

Selain itu, peserta program juga berpeluang menyaksikan pelbagai pameran, termasuklah dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bersempena dengan Mini Karnival Pendidikan Madani yang berlangsung di Kolej Vokasional 1, Sungai Petani.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.