Oleh Abd Razak Osman
19 April 2023, 10:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Sebanyak 200 orang dalam kalangan asnaf di daerah Kuala Muda menerima pek makanan dan wang tunai menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Naib Pengerusi 1 PERKIM Negeri Kedah, Encik Ahmad Puat Abdul Hamid menyampaikan sumbangan kepada asnaf dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKIM Daerah Kuala Muda, Encik Imron Kochem Ahmad.

Pemberian tersebut bersempena dengan Program Tautan Mahabbah Sumbangan Ramadan yang dijalankan di Dewan Seminar Masjid al-Muttaqin, Taman Ria, semalam.

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kuala Muda, Mohd Abdullah Saleh berkata, “Usaha yang dilakukan dapat memberikan peluang kepada golongan itu mengenali pemimpin PERKIM tempatan dan negeri Kedah amnya.”

“Banyak pihak dari beberapa negeri memperlihatkan keprihatinan dengan menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program yang bertemakan ‘Islam itu Persaudaraan’ tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, kalangan asnaf begitu ceria apabila menerima sumbangan pek makanan dan wang tunai tersebut.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada PERKIM negeri Kedah, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Hasani dan lain-lain atas sumbangan yang dihulurkan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.