14 April 2023, 16:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM6 531 000 untuk Sumbangan Tahunan Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis bagi tahun 2023.

Antara institusi yang menerima peruntukan berkenaan  termasuklah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs); Sekolah Agama Al-Islahiyah Menengah (SAIM), Behor Mali; Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Pauh; Sekolah Menengah Agama Al-Maad, Arau; dan Sekolah Rendah Islam (SRI 1) Jalan Abi Tok Hasyim, Kangar.

Simbolik penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Istana Arau, petang semalam.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama-sama tetamu yang hadir.

Majlis yang diadakan bersekali dengan majlis berbuka puasa itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu terdiri daripada kepimpinan kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi negeri dan juga persekutuan.

Turut diselitkan dalam majlis tersebut, sesi soal jawab “Interaksi Irsyadi” bersama-sama Mufti Negeri Perlis sebelum solat isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah di Dataran Istiadat, Istana Arau, Perlis.

Pada majlis yang sama sebelum itu, Tuanku Raja Puan Muda Perlis berkenan menyempurnakan kurniaan sumbangan duit raya dan juga sumbangan Aidilfitri kepada kalangan tetamu terpilih yang terdiri daripada anak-anak yatim dan para pesara Istana Arau yang diraikan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.