Oleh Syaza Wardina
23 Mac 2023, 10:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menyempurnakan Perasmian Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masihi yang diadakan di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, pada petang semalam.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama-sama pihak yang terlibat menyempurnakan Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1444 di Masjid Al-Hussain, petang semalam.

Majlis tersebut merupakan anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Terdahulu daripada itu diadakan sesi Taklimat Mengenai Data Rukyah Hilal yang disampaikan oleh JUPEM Negeri Perlis.

Baginda sekeluarga menitahkan ucapan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan mendoakan semoga ibadah puasa masing-masing pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan sihat sejahtera, beristiqamah serta lebih baik daripada tahun sebelum ini.

Turut berangkat dalam majlis tersebut ialah Raja Puan Muda Perlis, YTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berserta anakanda, iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Pada majlis yang sama, Tuanku Raja Muda turut berkenan melancarkan buku terbaharu Jabatan Mufti Negeri Perlis yang ditaja oleh MAIPs berjudul Panduan Halaqah al-Quran yang ditulis oleh Dr. Ismail Lutfi Fathoni.

DYTM Raja Muda Perlis berkenan melancarkan buku Panduan Halaqah al-Quran yang ditulis oleh Dr. Ismail Lutfi Fathoni.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.