Oleh Syaza Wardina
17 Mac 2023, 21:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan zakat perniagaan berjumlah RM319 464.18 kepada Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Datuk Indera Ir. Baharin Din mempersembahkan replika cek kepada DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Negeri Perlis di Masjid as-Shahrani, Behor Lateh, Kangar.

Nilai tersebut diperuntukkan oleh TNB berdasarkan jumlah pendapatan dan keuntungan operasi syarikat berkenaan pada tahun 2021.

“Setakat ini, jumlah pembayaran zakat oleh TNB untuk Perlis adalah sebanyak RM5.2 juta sejak tahun 2016 hingga tahun 2021,” jelas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Indera Ir. Baharin Din pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Negeri Perlis di Masjid as-Shahrani, Behor Lateh, Kangar.

Ketika mempersembahkan replika cek kepada Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Datuk Indera Ir. Baharin berkata,

Pada tahun 2021, TNB telah memperuntukkan wang zakat berjumlah RM14.06 juta untuk diagihkan kepada semua negeri di Semenanjung Malaysia.

“Pecahan pengagihan wang zakat perniagaan TNB ini berdasarkan 60 peratus jumlah bagi fakir miskin di setiap negeri, 20 peratus jumlah pengguna dan 20 peratus lagi daripada kapasiti penjanaan,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, “TNB percaya zakat bukan sahaja dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri Perlis malahan pengurusannya secara efisien dan sistematik mampu melonjakkan potensi zakat sebagai instrumen pembangunan rakyat negeri Perlis.”

Pada majlis tersebut, Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada sebanyak 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Kampung Behor Lateh dan juga Kampung Bangsal Lebah.

Masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM700.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.