Oleh Syaza Wardina
28 Februari 2023, 23:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – “Dengan kepesatan teknologi dan medium penyampaian maklumat, pelbagai kaedah dan cara wajar digunakan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mempercepat penyaluran maklumat bagi menyegerakan tindakan turun padang terutamanya bagi tujuan melaksanakan taksiran anggaran bantuan yang diperlukan khususnya bagi kes-kes yang amat mendesak”.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada sebanyak 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid al-Ghufran, Batu Dua Lama dan Masjid Al-Amin, Kampung Sempering di Kangar, baru-baru ini.

“MAIPs sentiasa komited untuk terus mencuba dengan sebaik-baik mungkin bagi melaksanakan segala inisiatif bantuan yang dapat menyumbang kepada pengurangan jurang kemiskinan, pengukuhan komuniti lestari, serta penyediaan akses kepada kehidupan bersih, sihat dan sempurna bagi golongan asnaf di negeri ini,” tambah baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Setiap penerima sumbangan menerima sebanyak RM700 daripada MAIPs.

Dalam program yang diadakan di Masjid al-Ghufran, Batu Dua Lama, setiap penerima menerima sumbangan sebanyak RM700 daripada MAIPs dengan jumlah penuh pada kali ini sebanyak RM98 ribu.

Mengiringi DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.