10 Februari 2023, 16:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan kutipan derma di masjid di bawah seliaan agensi kedua-duanya bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Haji Mokhtar berkata, kutipan tersebut akan diadakan pada setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bermula pada hari ini.

“Kutipan akan diadakan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, manakala JAWI akan melaksanakan kutipan derma di masjid serta surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Kutipan derma akan dilaksanakan di masjid yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Katanya, sumbangan umat Islam ini akan disalurkan kepada tabung rasmi yang diuruskan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  juga mengesyorkan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk turut mengadakan kutipan derma dan sumbangan menerusi masjid di seluruh negara bagi tujuan ini,” tambahnya.

Beliau berharap agar sumbangan kecil ini akan dapat membantu urusan menyelamat dan meringankan beban mangsa yang kini sedang berhadapan dengan ujian besar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.