27 Januari 2023, 10:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa sebagai Pemegang Amanah Tunggal harta wakaf, nazr dan amanah di negeri Perlis, selaras dengan Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis (2006), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa komited untuk memperkasakan lagi kesedaran dan juga pembangunan wakaf demi manfaat kepada seluruh masyarakat di negeri Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada seramai 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Kampung Padang Siding dan Kampung Banggol Sena yang diadakan di Masjid Al-Masyhor, Kampung Padang Siding baru-baru ini.

Masing-masing menerima sumbangan RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh penyerahan disempurnakan oleh Tuanku Raja Muda pada kali ini bernilai RM98 000. Terdahulu daripada itu, setiap penerima sumbangan menjalani pemeriksaan kesihatan melalui aktiviti yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri sempena program “Perlis Hebat! Rakyat Hidup Sihat dan Bersih” anjuran MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs juga berharap agar kerjasama erat antara pelbagai agensi persekutuan dan negeri akan dapat dilestarikan dan berterusan pada masa akan datang untuk sama-sama menyampaikan perkhidmatan terbaik, serta menjayakan segala hasrat dan matlamat membangunkan ummah di negeri dan rantau ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.