Oleh Syaza Wardina
13 Januari 2023, 09:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
DYMM Tuanku Raja Perlis berkenan menerima sembah mengadap oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Datuk Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz di Balai Menghadap Biru, Istana Arau.

Arau – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mendengar taklimat tentang Mushaf al-Quran al-Karim Penandaan Waqaf Ibtida’ dan Tajwid Berwarna edisi terbaharu yang diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), ketika menerima sembah mengadap oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Datuk Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz di Balai Menghadap Biru, Istana Arau.

Pada majlis tersebut, Tuanku Raja Perlis bertitah agar diberikan perhatian kepada golongan masyarakat yang tidak faham bahasa Arab ketika membaca al-Quran.

Mushaf al-Quran al-Karim Penandaan Waqaf Ibtida’ dan Tajwid Berwarna edisi terbaharu itu merupakan naskhah contoh serta rujukan utama kepada industri pencetakan al-Quran dan masyarakat Islam di Malaysia.

DYMM Tuanku Raja Perlis turut dipersembah maklum mengenai hasrat Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk menerbitkan Mushaf al-Quran Sirajuddin berserta terjemahan bahasa Melayu.

Selain itu, satu pasukan penterjemah yang terdiri daripada tokoh tafsir al-Quran akan diwujudkan di bawah seliaan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis serta bakal mendapat kerjasama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran di bawah KDN sepertimana yang termaktub dalam Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) dan apabila siap kelak akan diangkat naik untuk kelulusan KDN.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.