9 November 2022, 11:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh – Bank Rakyat menyerahkan sumbangan zakat perniagaannya sebanyak RM228 465 untuk tahun kewangan berakhir 2021 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan di negeri Perlis.

Mock cek tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pekarangan pejabat cawangan bank berkenaan di Pauh semalam.

Menurut Dr. Mohammad Hanis, sejak tahun 2010 lagi Bank Rakyat telah menunaikan zakat perniagaan kepada negeri Perlis sebanyak RM4.1 juta.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs yag berangkat sama menyaksikan majlis penyerahan tersebut menzahirkan penghargaan kepada Bank Rakyat kerana menunaikan zakat perniagaan kepada MAIPs.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Suriani Dato’ Ahmad yang juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaannya, Ahmad Shahril Mohd Shariff; serta Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi, Nizam Sani.

Sebelum itu, Dato Suriani dalam ucapan beliau berkongsi bahawa sebagai agensi di bawah KUSKOP, Bank Rakyat sentiasa mengambil pelbagai pendekatan baharu dalam meneruskan usaha jangkauan komunitinya bagi membantu usahawan, koperasi serta masyarakat secara menyeluruh. Hal ini termasuklah menyediakan platform pemasaran kepada usahawan yang dibimbing menerusi program RAKYATpreneur di Perlis.

“Usaha ini amat penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pasca-COVID-19, khususnya dalam usaha membantu memperkukuh pemulihan industri pelancongan, menggalakkan pertumbuhan hijau, di samping menangani isu sekuriti makanan,” katanya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.