Diterbitkan pada 2 November 2022, 16:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Demi memastikan amalan menuntut ilmu agama sentiasa diutamakan di negeri Perlis, maka Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) diharap akan sentiasa membantu, memberikan panduan dan juga bimbangan untuk sekalian rakyat di negeri tersebut.

Para asatizah dan para pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis juga hendaklah sentiasa diperkasakan supaya menjadi agen perubahan kepada masyarakat bagi memenuhi segala hasrat murni tersebut.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berharap agar rakyat negeri ini dapat meluangkan masa bagi menghadiri kelas agama dan kelas al-Quran yang telah diatur di masjid-masjid, surau dan juga pelbagai institusi di seluruh negeri Perlis.

“Kita semua perlu meyakini bahawa faedah dan kelebihan menuntut ilmu ini bukanlah hanya untuk diri kita sendiri, bahkan bakal memanfaatkan mereka di sekeliling kita juga,” titah tuanku.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi