Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh agnesi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam usaha membantu dan memperkasakan golongan asnaf di negara ini. Baru-baru ini bertempat di Hotel Sunway, Kuala Lumpur, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Haji Ahmad yang hadir merasmikan majlis pelancaran program tersebut berkata, pihaknya mengambil pendekatan memberikan joran daripada ikan apabila ingin membantu masyarakat yang memerlukan dan mempunyai kudrat untuk bekerja.
Tambahnya lagi, pendekatan ini membolehkan para asnaf dapat keluar daripada beleggu kemiskinan dan menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan dan berharap para asnaf yang menerima zakat dan bantuan dapat menjadi penyumbang dan pemberi zakat suatu hari nanti.
“Dua ribu usahawan asnaf yang terpilih dan berpotensi selain mempunyai kriteria yang ditetapkan mendapat pinjaman bermula RM5000 setiap seorang sebagai pembukaan Akaun Emas YaPEIM (SERY) daripada keseluruhan peruntukan dana MAIWP yang berjumlah RM20 juta,” katanya.
Dalam majlis tersebut juga, beliau menyaksikan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji [email protected] Tawil dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara pihak YaPEIM dengan MAIWP. Majlis kemudiannya diteruskan dengan simbolik penyerahan replika cek kepada para asnaf yang terpilih dalam program ini.
Majlis pelancaran Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf tersebut disiarkan juga secara dalam talian di laman Facebook YaPEIM. Rakaman pelancaran ini boleh ditonton melalui https://www.facebook.com/yapeimofficial/videos/1581475395600577.