7 Oktober 2022, 13:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Serdang – Program Musafir Hana Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan bermula 4 Oktober hingga 6 Oktober 2022 bertempat di Masjid UPM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Penganjuran Program Musafir Hana Masjid UPM diadakan bersempena dengan Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu UPM 2022/2023. Ringkasnya, penganjuran Program Musafir Hana Masjid UPM merupakan kerjasama Sahabat Masjid UPM, Jawatankuasa Kariah Serdang, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UPM.

Secara umumnya, Program Musafir Hana Masjid UPM merupakan sebuah program yang menyediakan kemudahan untuk para musafir beriktikaf di masjid pada waktu malam. Selain itu, Program Musafir Hana Masjid UPM juga menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari secara percuma, selain pengangkutan kepada ibu bapa yang tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anak mereka ke Hari Pendaftaran Pelajar Baharu UPM Sesi 2022/2023.

ogram Musafir Hana memberikan layanan baik kepada keluarga pelajar baharu yang bermalam di Masjid UPM.

Objektif penganjuran Program Musafir Hana Masjid UPM adalah bertujuan untuk membantu dan memberikan bantuan kepada semua ibu bapa dan pelajar baharu yang datang dari jauh untuk mengurus pendaftaran pelajar baharu di UPM. Selain itu, penganjuran Program Musafir Hana Masjid UPM juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara para pelajar UPM sebagai sukarelawan Program Musafir Hana dengan semua ibu bapa dan pelajar yang memerlukan bantuan ketika hari pendaftaran kemasukan pelajar baharu di UPM. Hasilnya, Program Musafir Hana Masjid UPM telah menjadikan Masjid UPM sebagai Pusat Perkhidmatan Pembangunan Ummah menerusi aktiviti pengimarahan masjid dan aktiviti kesejahteraan komuniti ke arah meningkatkan kepentingan Masjid UPM sebagai institusi pembangunan ummah untuk semua pelajar UPM, warga kerja akademik dan warga kerja UPM, termasuklah masyarakat setempat. Oleh itu, UPM mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu UPM dan ibu bapa ke Hari Pendaftaran Pelajar Baharu UPM Sesi 2022/2023.

Sumbangan untuk Program Musafir Hana Universiti Putra Malaysia (UPM) boleh disalurkan ke Nombor Akaun Sahabat Masjid UPM Bank CIMB: 8604800129 dan direkodkan atas Sumbangan Musafir Hana. Sebarang pertanyaaan boleh menghubungi Encik Bukryman (016-2442171) dan Ustaz Hisyam (013-2938075).

(Sumber Foto: Facebook Pusat Islam Universiti Putra Malaysia)

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.