Diterbitkan pada 26 September 2022, 23:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ulama tersohor dunia, Syeikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia hari ini pada usia 96 tahun. Demikian menurut kenyataan laman Twitter rasmi beliau dan laman  sesawang Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) yang berpangkalan di Doha.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Qatar, tempat beliau menetap berikutan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.

Sepanjang hayatnya, beliau telah menghasilkan lebih 120 buah buku dalam bidang keilmuan Islam terutamanya dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam. Bukunya sangat diminati, malah diulang cetak dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Al-Qaradawi menerima pelbagai anugerah pada peringkat antarabangsa atas sumbangannya dalam keilmuan Islam dan dianggap sebagai seorang ulama paling berpengaruh pada hari ini. Atas sumbangan beliau dalam dunia Islam, al-Qaradawi telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 oleh kerajaan Malaysia.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi