9 September 2022, 21:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Kejayaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengekalkan prestasi Sijil Audit Bersih adalah antara kemuncak pencapaian Pengarahnya, Abd Aziz Che Daud sepanjang tempoh perkhidmatan di negeri ini dari 26 Jun 2018 sehingga 14 September 2022.

Menurut Abd Aziz, MAIPs telah berjaya mengekalkan penarafan 5 Bintang dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2018 selain mengekalkan pencapaian Sijil Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan bagi tempoh sembilan tahun berturut-turut bermula tahun 2012.

Beliau menyatakan demikian ketika Majlis Sembah Mengadap Berundur ke hadapan Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Galeri DiRaja Arau.

Pada majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Audit Negara atas segala nasihat dan sumbang saran sekali gus menyumbang ke arah penambahbaikan tadbir urus pelbagai jabatan dan agensi di negeri Perlis.

Menurut tuanku, pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara yang melibatkan pemeriksaan, analisa dan nilaian sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi telah berjaya menentukan sama ada prinsip am perakaunan, peraturan dan prosedur dipatuhi.

Tuanku Raja Muda secara khususnya menghargai sumbangan Abd Aziz dan berharap beliau yang akan bertukar keluar dari Perlis atas sebab kenaikan pangkat akan terus mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara serta semoga terus maju jaya di tempat perkhidmatan yang baharu.

Abd Aziz turut berbangga kerana Laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan Prestasi program jabatan dan agensi negeri telah memberikan impak yang besar antaranya Pengauditan Pengurusan Pusat Pelancongan Negeri Perlis, menambah baik pengurusan hartanah komersial bagi syarikat-syarikat milik kerajaan negeri dalam pengauditan Pengurusan Hartanah Komersial, meningkat dan menambah baik Pengurusan Industri Padi Luar Jelapang melalui pengauditan Pengurusan Penanaman Padi dan menambah baik Pengurusan Tanah Rizab Melayu melalui Pengauditan Pengurusan Tanah Rizab Melayu Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.