8 September 2022, 22:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle memaklumkan bahawa antara teras dan tujahan utama Aspirasi Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi tahun 2022 ini termasuklah keterlihatannya atau visibility, penjajaran pengurusan, kesegeraan dalam tadbir urus sumber manusia, pengurusan dan penjanaan kewangan yang efisyen, kecemerlangan akademik dan mahasiswa holistik.

Beliau memaklumkan demikian ketika majlis sembah mengadap Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bagi membentangkan Laporan Gerak Kerja Semasa Pengurusan KUIPs; Januari-Ogos 2022 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa; Profesor Madya Dr. Abdul Basir Awang@Mohd Ramli, Penolong Rektor Pembangunan Korporat dan Jaringan Industri; Badrul Hisham Abd Rahman, dan Penolong Pendaftar Pejabat Rektor; Muhammad Syazuwan Ahmad.

Menurut beliau, sebanyak lima program telah mendapat akreditasi penuh dan sementara bagi tahun 2022. Antaranya termasuklah akreditasi sementara (Jun 2022) bagi Doktor Falsafah Bahasa al-Quran dan al-Sunnah serta Sarjana Pengajian Islam. Akreditasi penuh pula diperoleh oleh KUIPs untuk Diploma Bahasa Arab, Bachelor Of Accountancy (Honours) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat Dengan Kepujian (Pengurusan Harta).

Profesor Dr. Rozaimi menzahirkan rasa syukur kerana melalui jaringan kerjasama individu dan pihak koporat, KUIPs telah berjaya menjana kewangan tambahan sebanyak RM550 000 sepanjang Februari hingga Julai 2022 yang lalu melalui perincian sumbangan zakat sebanyak M240 000, wakaf sebanyak RM210 000 dan infak sebanyak RM100 000.

KUIPs yang memegang slogan “Syumul, Taqwa, Dinamik” “Di Sini Pencinta Sunah Dilahirkan” juga menerima sumbangan infaq Ramadan, infaq bagi dialog ilmiah, program Ihsan Baling KUIPs bersama NGO Glokal Ihsan, serta inisiatif  Tajaan Kursi Pendidikan Ain Medicare.

Beliau juga memaklumkan bahawa bagi tempoh Januari hingga Ogos yang lalu KUIPs telah memberikan fokus terhadap persiapan pendaftaran penubuhan Universiti Islam Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif KUIPs telah mewujudkan Taskforce Pelaksanaan Syarat-syarat Kelulusan Pendaftaran. Turut dibincangkan ialah cadangan penstrukturan Yayasan KUIPs.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.