22 Ogos 2022, 13:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai hampir 10 000 jemaah di Masjid Putra, Putrajaya dalam program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) semalam.

Program tersebut diadakan bagi meraikan ulang tahun pertama pentadbiran YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri negara.

Perdana Menteri tiba di pekarangan masjid pada jam 8.20 malam dan disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Idris Ahmad.

Beliau kemudiannya menyertai jemaah menunaikan solat Isyak yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Salahuddin Ghozali, manakala solat hajat pula diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah.

Program Munajat Keluarga Malaysia kemudiannya disusuli bacaan zikir munajat dan

Pendakwah bebas, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ketika menyampaikan tausiah.

qasidah dipimpin secara bersama oleh beberapa selebriti terkenal seperti Munif Ahmad. Sementara itu, tausiah disampaikan oleh pendakwah bebas, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, manakala bacaan doa Keluarga Malaysia pula dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan kepada 20 buah pusat tahfiz, pondok, institusi kebajikan dan rumah anak-anak yatim.

Bertemakan Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia – Teguh Bersama, program  Munajat Keluarga Malaysia juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Putrajaya yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM dan TV AlHijrah bermula pukul 9.00 malam. Keluarga Malaysia juga boleh menonton program tersebut secara dalam talian melalui laman media sosial YADIM.

Program Munajat Keluarga Malaysia tersebut juga dijalankan serentak di enam lokasi, iaitu Putrajaya, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak dan Johor.

(Sumber gambar: Facebook YADIM)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.