12 Ogos 2022, 21:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Phuket – Kerjasama dan hubungan kolaborasi strategik antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan Majlis-Majlis Agama Islam (MAI) enam Wilayah Andaman Thailand diteruskan lagi melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif bersama.

Hubungan rapat antara kedua-dua pihak yang mula terjalin pada 2015 itu telah memberikan manfaat dalam pelbagai bidang seperti pengurusan hal ehwal Islam, zakat, halal, keusahawanan, pendidikan dan sukan termasuklah pembelajaran bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian ketika berkenan menerima sembah mengadap ketua-ketua atau wakil MAI enam Wilayah Andaman di Restoran Pantai, Kemala, Phuket, Thailand baru-baru ini.

Sebanyak enam orang Ketua Majlis Agama Islam yang terdiri daripada Wilayah Satun (Haji Ahmad Mohamad), Trang (Haji Ahmad Qodim), Krabi (Haji Asnawi Yahya Mukura), Phuket (Abdul Malik Doomlak), Phang Nga (Abd Aziz) serta wakil dari Ranong telah mengadap baginda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs bagi membincangkan beberapa perkara yang menyentuh kepentingan bersama.

Terdahulu daripada itu, satu mesyuarat strategik turut diadakan antara ketua-ketua Agensi Agama Islam Negeri Perlis diketuai Mufti Negeri, Datuk Profesor Mohd Asri Zainul Abidin dengan pihak MAI wilayah Andaman di Sekolah Agama Masjid Nurudeen Niyah, Phuket. Hadir sama ialah Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Rizuan Abd Yazid.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.