10 Julai 2022, 10:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – “Bulan Zulhijjah yang mulia mengingatkan kita semua tentang semangat berkorban yang harus dihayati dan diterapkan dalam kehidupan seharian. Sama-samalah memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil sebagai perlambangan kesyukuran atas limpah kurnia dan rahmat Allah Taala kepada kita semua.”

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM11 600 sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-17 bagi tahun 2022 di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh dekat Kangar, semalam. Sumbangan tersebut diberikan kepada 29 orang asnaf terpilih, yang masing-masing menerima RM400 setiap seorang.

Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut mengingatkan semua agar memastikan segala perincian SOP ibadat korban dan solat Aidiladha 1443 Hijrah ekoran peralihan ke fasa endemik yang dikeluarkan oleh pihak MAIPs pada 1 Julai 2022 bersamaan 1 Zulhijjah 1443 Hijrah baru-baru ini dipatuhi dengan sikap penuh tanggungjawab oleh seluruh rakyat yang baginda kasihi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.