8 Julai 2022, 09:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putarajaya – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pertubuhan Ilmuwan Sunni Malaysia (ILMU-ONE) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) berhubung kerjasama Kempen Adab dan Akhlak pada 7 Julai 2022.

Kempen Adab dan Akhlak ini bertujuan untuk memupuk kesedaran, penghayatan dan pengamalan akhlak serta adab mulia dalam kalangan masyarakat di negara kita yang semakin terhakis.

Program bersama yang dinamakan Program Malaysia Negara Berakhlak itu akan dilaksanakan menggunakan pengiklanan melalui papan iklan di jalan raya dan bangunan terpilih selain menerusi kempen kesedaran pembinaan kandungan serta aktiviti bersesuaian di media arus perdana dan media sosial.

(Sumber: Facebook YADIM)

Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama dengan turun padang bertemu khalayak ramai dalam program bersesuaian serta menawarkan modul adab dan akhlak kepada pembuat dasar untuk pembangunan insani di sektor awam dan swasta. Sebagai permulaannya, kempen ini akan diadakan di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam ucapannya berkata, badan dakwah ini boleh menggunakan hubungannya dengan agensi dan jabatan kerajaan bagi menjayakan kempen ini. Antara yang boleh dimanfaatkan termasuklah pusat koreksional seperti penjara dan ejen-ejen YADIM yang lain seperti Rakan Remaja YADIM yang bergiat aktif di sekolah-sekolah.

Dalam majlis menandatangani MOU tersebut, ILMU-ONE telah diwakili pengerusinya, Ustaz Zul Ramli M. Razali.

 

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.