Diterbitkan pada 2 Jun 2022, 21:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan sebanyak RM200 000 kepada 141 mangsa yang terjejas akibat kejadian ribut di Perlis. Bantuan Bencana tersebut disalurkan secara berfasa kepada semua penerima, dan setiap mangsa akan menerima antara RM400 hingga RM5000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, jumlah bantuan berdasarkan kerosakan yang ditanggung oleh setiap mangsa melibatkan bumbung yang diterbangkan angin atau melibatkan struktur rumah.

“Bagi menyelaras semua bantuan yang diperlukan, MAIPs telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dalam hal ini, JKM turut menyalurkan bantuan tambahan selain yang telah disalurkan MAIPs sekiranya jumlah kerosakan melebihi had ditetapkan MAIPs bagi setiap penerima.”

Mohd Nazim berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Ribut kepada 60 mangsa ribut di Masjid Al-A‘la Behor Temak, Kangar, pagi tadi.

Penyampaian sumbangan disempurnakan Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi