Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSimpang Empat – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan terus komited membantu pihak kerajaan untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa ribut yang berlaku di negeri Perlis sejak beberapa hari belakangan ini.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat meninjau dan seterusnya
menyampaikan sumbangan bantuan awal MAIPs kepada enam buah keluarga mangsa ribut yang menimpa banyak kawasan di seluruh negeri Perlis sejak Sabtu lepas.
Baginda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis yang telah bertungkus-lumus mengaturkan lawatan bagi memperoleh data berkaitan dengan mangsa untuk penyaluran bantuan.
Turut hadir mengiringi tuanku ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor. Menurut Mohd Nazim, buat masa ini MAIPs telah pun menyalurkan bantuan kepada sebanyak 55 orang penerima bagi fasa pertama dan fasa kedua.