Diterbitkan pada 21 April 2022, 13:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengadakan bacaan doa qunut nazilah semasa solat subuh, solat Jumaat dan solat sunat witir sepanjang bulan Ramadan bermula pada malam ini.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataannya berkata, saranan itu dibuat susulan daripada saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mencadangkan bacaan doa tersebut bagi mendoakan kesejahteraan dan keamanan di bumi Palestin khususnya dan negara Malaysia amnya. Hal tersebut berikutan tragedi pencerobohan yang berterusan ke atas Masjidilaqsa.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT pada bulan Ramadan yang mulia merupakan lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi