Oleh Nur Aishah Daros
29 Januari 2022, 20:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan terus berusaha keras untuk memperkasakan daya saingnya pada segenap peringkat. Pemerkasaan tersebut perlu dilaksanakan kepada kakitangan MAIPs sama ada dalam bentuk latihan ilmu mahupun teknologi maklumat. Pada masa yang sama, aspek kepantasan bertindak dan membuat keputusan terus diterapkan dalam organisasi.

“Sifat responsif dan peka ini perlu disemai dalam diri setiap individu. MAIPs akan terus berusaha mewujudkan sebuah persekitaran kerja yang kondusif bagi memastikan keselesaan, ketenangan dan tahap kecekapan yang tinggi dalam penghasilan kerja, selain menggalakkan budaya saing yang sihat dalam kalangan warga kerjanya.”

DYTM Tuanku Syed Faizuddin semasa berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs sempena “Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-2.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11 600 sempena “Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-2 bagi tahun 2022 kepada seramai 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Muhammadiah, Guar Gajah, Arau. Masing-masing menerima RM400 setiap seorang yang akan diagihkan oleh amil kariah berkenaan, Encik Sidek Sulaiman.

Mengiringi keberangkatan baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor. Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Encik Ahmad Mohsin Md Rodi.

Ceramah bertajuk “Rakyat Perlis Hidup Bersih” sempena kempen “Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama dalam Tindakan” yang dikongsikan oleh Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir dan juga pameran promosi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) turut diadakan dalam program tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.