24 Januari 2022, 16:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – “Seluruh warga pekhidmat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) disarankan agar terus komited dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi tersebut. Hal ini bertujuan untuk memberikan kepuasan kepada golongan sasaran serta kesemua pemegang taruh yang berkerjasama dengan MAIPs secara langsung atau sebaliknya.”

Demikian kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor semasa mempersembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mengiringi baginda berangkat merasmikan kedai ais kacang yang diusahakan oleh Romli Desa, yang beroperasi di No.748, km 5.2, Jalan Santan, Kangar bersempena dengan program MAIPs Peduli bilangan ke-5 bagi tahun 2022 baru-baru ini. Romli merupakan salah seorang usahawan yang menerima peruntukan sumbangan projek peningkatan sosioekonomi asnaf berupa peralatan kedai makan bernilai RM3060 daripada MAIPs sebelum ini.

Kedai ais kacang salah seorang asnaf yang menerima peruntukan sumbangan daripada MAIPs.

Menurut beliau lagi, semua pekhidmat MAIPs beriltizam memastikan tahap kerja yang lebih aktif, kreatif dan proaktif dalam apa-apa jua tindakan selain berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang lebih tepat, pantas, berkualiti dan pastinya memuaskan hati para pelanggan serta pemegang taruhnya. Turut mengiringi Raja Muda Perlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Encik Ruzaini Rais dan Setiausaha Kedua, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Ruthanne Soh Ying.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.