Oleh Nur Aishah Daros
19 Disember 2021, 20:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya dalam pembentangan beliau semasa sesi sembah mengadap hormat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena dengan program  Jelajah Keluarga PR1MA di sini hari ini menyatakan bahawa,

Pada 26 Oktober 2020, Perbadanan PR1MA Malaysia telah berjaya menyiapkan pembinaan 231 unit rumah teres dalam kawasan seluas 20 ekar di Residensi Padang Siding, Perlis. Projek tersebut telah mendapat kelulusan CCC dan 220 unit atau 95% daripadanya telahpun dijual mengikut rekod terkini pada 15 Disember 2021.

Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya bersama-sama wakil Perbadanan PR1MA Malaysia dan MAIPs membuat pembentangan dalam sesi sembah mengadap hormat Raja Muda Perlis di Masjid Muhammadiah, Guar Gajah, Arau.

Tuanku Raja Muda pula dalam titahnya berharap agar sektor perumahan, terutamanya perumahan mampu milik untuk golongan yang berpendapatan sederhana dapat terus ditambah. Para pemaju amat dialu-alukan untuk membangunkan rumah dan lot kedai mampu milik di lokasi-lokasi strategik yang berupaya memberikan impak terhadap sosioekonomi negeri ini.

Dalam majlis tersebut pihak Perbadanan PR1MA Malaysia menyerahkan sumbangan CSR dalam bentuk kotak berisi bahan makanan mentah sebanyak 400 pek untuk diagihkan di seluruh negeri Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Pihak PR1MA turut menyumbangkan RM5000 untuk pengimarahan masjid tersebut melalui pelbagai aktiviti dakwah yang bersesuaian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.