Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSimpang Empat – Pengerusi Kumpulan FGV Holdings Berhad, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab menyatakan bahawa Kumpulan FGV memperuntukkan zakat perniagaan berjumlah RM221 628 melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Beliau yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Nazrul Izam Mansor mempersembahkan sumbangan tersebut kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Hidayah, Titi Beratap, Simpang Empat semalam.

Dalam majlis tersebut, pihak FGV Holdings Berhad turut menyerahkan sumbangan bernilai RM10 000 kepada wakil masjid tersebut untuk kegunaan aktiviti serta pengurusan masjid dan RM15 000 lagi berserta beberapa produk keluaran FGV kepada 30 orang asnaf terpilih kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Dato’ Hj Talib Hj Ali. Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, iaitu Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.