27 Ogos 2021, 15:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Semangat cinta akan tanah air tidak sesekali akan luntur walau badai COVID-19 melanda negara. Malah, ujian sebegini seharusnya merapatkan ukhuwah dan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sehubungan dengan itu, TV AlHijrah mengajak seluruh masyarakat untuk menonton rancangan istimewanya sepanjang Kempen Merdeka yang telah berlangsung mulai 23 Ogos hingga 16 September 2021.

Antara rancangan yang disajikan termasuklah “Pusaka Kita Maruah Kita”, “Malaysia #QuranHour”, “Ulama Kemerdekaan”, “Jauhari Merdeka”, “E-Kaunter Netizen Istimewa Merdeka”, “La Tahzan Istimewa Merdeka” dan “Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia”.

Rancangan “Malaysia #QuranHour” akan disiarkan sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan, iaitu pada 30 Ogos 2021, pukul 12.00 tengah hari. Selama satu jam, penonton akan berinteraksi dengan al-Quran, khususnya motivasi melalui Surah al-Mulk dan formula kejayaan daripada surah musabbihat.

Sebagai kemuncak sambutan kemerdekaan negara, TV AlHijrah akan menyiarkan rancangan “Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia” pada 31 Ogos dan 16 September 2021, pukul 7.00 pagi hingga 9.30 pagi dengan tema “Malaysia Prihatin dari Sudut Pandang al-Quran”. Turut dimuatkan juga panggilan menerusi aplikasi Skype bersama-sama petugas barisan hadapan dan karyawan yang terkesan oleh COVID-19.

Kesemua rancangan Kempen Merdeka ini bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan negara serta menterjemahkan solidariti dan perpaduan rakyat Malaysia.

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.