14 Jun 2021, 23:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2021, iaitu Khamis mulai pukul 10.00 pagi. Kenyataan media Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini memaklumkan bahawa calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah berikut, iaitu:

i.    Secara dalam talian di pautan moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my  untuk   mendapatkan keputusan penuh; dan/atau

ii.    Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan STAM 2020 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 17 Jun 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 23 Jun 2021.

Kenyatan itu juga memaklumkan bahawa bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian Internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian Internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.