Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPadang Besar – Agama yang benar lagi sahih akan membentuk cara fikir yang betul dan seimbang, membersihkan rohani daripada kekotoran jiwa, mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta, menterjemahkannya dalam perbuatan serta sikap yang soleh dan diredai oleh Allah SWT.

Pada masa yang sama, minda, akal budi, rohani dan pelaksanaan amalan agama itu hendaklah dibina menerusi asas yang benar dan sahih, iaitu al-Quran dan sunah. Hal ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis yang memartabatkan kedudukan istimewa Manhaj Ahli Sunah Wal Jamaah.
Demikian titah Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan program Hijrah Minda Bilangan Ke-19 bagi tahun 2023 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al Ehsan, Kampung Darat, Beseri, Padang Besar.
Yang turut hadir termasuklah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj. Mohd Nazim Mohd Noor.

Bersempena dengan program tersebut, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah kepada asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut dengan jumlah penuh bernilai RM8000.
Terdahulu, turut diadakan slot ceramah oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Perlis tentang amalan baik kitar semula di negeri ini.