Diterbitkan pada 13 Ogos 2023, 20:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah perkara utama yang perlu diambil berat dalam pembelajaran hadis Nabi SAW ialah kita perlu memastikan status kesahihan hadis tersebut sebelum mengamalkannya dalam kehidupan.

Oleh itu, kita perlu merujuk kepada pakar atau ilmuan yang fasih dalam bidang hadis. Baginda juga bertitah kita perlu berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk beramal dengan sumber yang sahih daripada petunjuk Baginda SAW melalui huraian ulama yang muktabar.

Baginda bertitah sedemikian selepas berkenan menyempurnakan sesi menandatangani sijil dan watikah kepada para pemegang tauliah mengajar agama Islam dan al-Quran Negeri Perlis Bilangan 1 bagi tahun 2023 yang diselaraskan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis di Istana Arau baru-baru ini. Semua senarai para penerima watikah berkenaan telah diperakukan nama mereka oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi