Diterbitkan pada 16 Mei 2023, 21:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Phnom Penh – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak umat Islam untuk terus menyebarkan kasih sayang sesama Muslim demi membentuk perpaduan dan kekuatan ummah.

“Islam mengajar kita untuk saling berkasih sayang sesama manusia dan juga kepada semua makhluk ciptaan Allah SWT.

Berkasih sayang merupakan sesuatu yang bersifat universal dan meluas,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Masjid Darussalam Chroy Changvar, Phnom Penh, Cambodia.

Baginda bertitah lagi, “Saling berkasih sayang itu juga boleh disimpulkan sebagai bentuk tindakan mewujudkan hubungan yang mendatangkan perasaan kasih sayang, saling menziarahi dan bertanya khabar, saling menghormati dan saling membantu antara satu sama lain sehingga mewujudkan kekuatan dalam persaudaraan sesama umat Islam dan juga masyarakat di sekelilingnya.”

Pada kesempatan yang sama, DYMM Pemangku Raja Perlis bersama-sama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun kepada seluruh warga pendidik di negeri ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi