Diterbitkan pada 8 April 2023, 20:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani Seramai 40 peserta Orang Di Selia (ODS) menyertai khatam al-Quran sempena Majlis Berbuka Puasa di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Muda di Kampung Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Kedah semalam.

Peserta Majlis Khatam al-Quran ini dipilih daripada kumpulan pertama Kelas Rumah Ngaji al-Quran di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Pembantu Pegawai Pemulihan PRP, Encik Affendy Md Akhir.

Ketua pusat tersebut, iaitu Penguasa Penjara (PP), Encik Abdul Ghani Md Isa (tengah) menyambut ketibaan Pengarah Penjara Negeri Kedah, Timbalan Komisioner Penjara (TKP), Tuan Abdul Kadir Jailani Ismail.

Ketua pusat tersebut, iaitu Penguasa Penjara (PP), Encik Abdul Ghani Md Isa berkata, terdapat seramai 418 orang peserta ODS berada di pusat tersebut ketika ini dan mereka dipilih menjalankan pelbagai aktiviti harian sebelum dibebaskan. Terdapat peserta ini yang terlibat dengan aktiviti menanam 12 500 buah pokok nanas, 3 000 pokok terung selain ada yang bekerja di beberapa buah kilang. Ujarnya lagi,

Melalui bimbingan dan tunjuk ajar dalam masa hampir tiga tahun, mereka sudah banyak menimba ilmu dan kemahiran, termasuklah pandai membaca al-Quran. Dengan ilmu yang dibekalkan, diharapkan setelah dibebaskan nanti, peserta ini tidak lagi terjebak dengan kejadian masa lampau.

Warga emas iaitu Puan Roziah Awang dari Kampung Teluk Nipah turut menerima sumbangan.

Pengarah Penjara Negeri Kedah, Timbalan Komisioner Penjara (TKP), Tuan Abdul Kadir Jailani Ismail ketika berucap dalam majlis itu merakamkan penghargaan kepada PRP tersebut atas pendekatan yang diambil. Katanya lagi,

Kehadiran ramai penduduk tempatan ke majlis seumpama ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan baik dengan kakitangan PRP.

Selain itu, seramai 10 orang penduduk tempatan dari keluarga asnaf dipilih menerima sumbangan dalam majlis tersebut. Penghargaan turut diberikan oleh beliau kepada Kelab Kebajikan dan Sukan Penghuni Negeri Kedah kerana sentiasa memberikan kerjasama terhadap program yang diadakan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi