Diterbitkan pada 6 Julai 2022, 22:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati umat Islam di Malaysia agar lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej haji 1443H/2022M yang ditawarkan oleh segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH.

TH dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa permohonan visa haji selain kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi. Bakal jemaah haji yang mendapat Visa Furada dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh pihak TH sahaja.

Bagi musim haji kali ini, TH telah melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi mengurus pemergian jemaah haji ke Tanah Suci.

TH sentiasa mengambil berat kebajikan bakal jemaah haji dan khuatir dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji kepada umat Islam negara ini.

Menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak baik individu mahupun agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH. Perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi